Monday, 20 January 2014

OFIS FAMILY DAY @ PHILEA RESORT, MELAKA

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik, dah nak sampai penghujung Januari ya. Rasanya macam baru je kita sambut kedatangan 2014. Azam tahun lepas pun tak tertunai lagi haha (which is to pay deposit for a new house)

Tahun ni rasanya taknak la buat azam yg tak tercapai dek akal. Rasanya kumpul duit untuk bayar deposit rumah baru tu tak terkumpul dalam masa setahun kot? Kalau simpan RM500 sebulan pun, setahun baru RM6k :-P

So tahun ni ingat nak take good care of myself lebih sikit la. Nak banyak minum air kosong, makan supplement, gi zumba..yela mak dah nak masuk 40 kena la jaga sikit. Sekarang ni pun bangun pagi sakit2 badan, letih lesu, kedut dah banyak (oh no..!) Nak buat camne kan, that's how life is. (abis tu nak kumpul duit beli rumah cemane, dah banyak habis duit untuk maintenance diri sendiri? kahkahkah)

Bukan la takde rumah sendiri. Ada tu ada, tapi ingat nak cari rumah area Ampang. Letih la hari2 bangun kul 4.30, siapkan anak2 nak gi sekolah (sebab diorang sekolah kat Ampang. Kalau sekolah kat Langat, sape pulak nak jaga diorang bila balik sekolah nanti). Memang dari kecik anak2 aku mak yg jaga. Sangat bersyukur sebab masih ada mak yg sudi membantu.

Eh apa daa merepek. Nak citer pasal family day my office gi Philea Resort sebenarnya. We stayed there from Jan 17-19. My review? Tempat and service memang superb. Tapi food so-so je tak berbaloi dgn harga.


Mula2 sampai dok terpesona dgn design rumah dia. Rasa cam peghak nau haha

Cantik kan..!

Our room number

Abaikan model atas katil tu ye


Gambar tuan belog kena lah ada

The pool. Cantik kan!

Masing2 dah teruja bila tengok pool cantik. Penat aku panggil. Baby sorang je yg toleh

What can I say. Memang speechless lah

Model to be

Malam tu we all gi naik River Cruise. Takyah tempek gambar la kot..blur. Amik gambar pakai phone jer.

Besoknya we all gi Zoo Melaka. Walaupun dah berpuluh kali pergi. Menangis2 Baby nak jugak pergi. Layankan aje.

Tercengang adik tengok kakak over.



Badak berendam

Baby dan tapir

Masa ni Baby dah menyorok kat ayah dia. Dia takut seladang sondol sebab pakai baju merah :-P



Kalau ada gambar mak rimau kan bagus. Boleh aku masuk kepala sekali

Ni lah food yg aku kata so so tu. Just imagine..I paid RM45 for adult and RM30 for kids. Makan sikit jek. Imran dgn Wawa ok la jugak makan banyak. Tapi Baby makan semata2 cereal with milk *nanges*

Lepas breakfast on Sunday no activity. Just mandi pool je. Luckily pihak hotel ada organise telematch kat pool. Seronok la budak2.

Tapi sebelum terjun pool jalan2 dulu area hotel

Budak dua orang ni kalau pasal posing..

Adoii anak sape lah ni

Wawa kata macam rumah citer Evil Dead haha... ye tak ye jugak kan

Telematch kat pool

Wawa dgn Baby tak aci Abg Im tolong

My nyawa :-)

Tu je lah ceritanya. Overall boleh la repeat lagi but hopefully hotel management boleh tukar chef ke apa haha..sebab kalau nak maintain food rasa cam sekarang ni harga RM20 berbaloi lah kot...

Thanx for reading!

posted from Bloggeroid

Friday, 10 January 2014

LANGKAWI TRIP 2013 LAST DAY

Dah tiba last day..
Gi Langkawi je dah ber entry2 aku letak ye hehe belum lagi gi Europe tour.

Anyway..last day ni cukup punya malas..nak bangun tidur malas, nak kemas baju malas, nak2 pulak tengok coklat yg kitaorang borong tu, nak menyumbat dalam beg..aishhh...cukup punya malas. My hubby nak kuar gi beli breakfast pun malas. Maka terpaksa la melantak megi je...

Ku sangkakan my hubby takde plan nak singgah mana2 sebab tetiba je last day ni anak2 buat hal. Imran (anak sulung) dgn Wawa (anak kedua) kena muntah2 ceri beri. Tah apa diorang makan sampai jadi gitu. Yg lain tak kena pulak. So mood nak jalan tu dah merudum. Tapi tetiba hubby ajak gi Makam Mahsuri. Flight pun petang so ada masa lagi. Moh ler kita...

Kesian muka Imran masa ni monyok je sebab perut tak ok lagi


Baby tua naik buai

Masa ni aku dok bebel2 kat Wawa dgn Baby..tengok ni org dulu2 masak pakai dapur kayu je dok tiup2 kasi keluar api. Korang untung budak2 zaman sekarang petik je keluar api. Orang kat belakang pandang je muka aku haha


Sejuk mata memandang..


Tuan belog yg perasan jadi gadis melayu terakhir


Berakhir lah kisah Langkawi vacation.. Langkawi sekarang dah canggih.. dah pesat membangun.. berbeza dgn last time I went there masa si Wawa tu umur 4 bulan lebih kurang.. In Shaa Allah ada rezeki boleh datang lagi. Next time aku nak naik jugak cable car!

Thanks for reading! :-)

posted from Bloggeroid

Thursday, 9 January 2014

LANGKAWI TRIP 2013 DAY 3

Kejap je dah masuk day 3..aku kalau jalan2 rasa macam release tension abis..sebab takyah masak, boleh bangun lambat, boleh santai2 haha.. rasanya semua orang pun rasa camtu kot? Yela gi vacation, sape tak suka. Duit je kena ada banyak haha..

Hari ni my sister yg stay satu apartment dgn aku tu dah nak balik (apa barang balik awal!) so pagi tu we all tak keluar la sebab tunggu dia nak balik. Pagi tu breakfast kat rumah je..my hb and BIL gi tapau nasik lemak jual kat tepi jalan tu. Tu yg bagusnya homestay ni, semuanya dekat :-)

After my sister balik, baru siap2 nak keluar. Cadangnya nak gi Oriental Village nak naik cable car jugak..tapi langit mendung daaa..kang tak pasal2 cable car sangkut atas tu sape nak jawabbb...so sudahnya cancel cable car, gi Dataran Lang dulu




tak sah datang Langkawi la kan kalau tak datang sini




Lepas tu decided nak gi Wildlife Park...


Baby terpegun




besonya telur!


Kesian anak aku. Kuda dikatanya donkey


Nasib baik rusa dia kenal


Sibuk nak masuk kandang arnab pastu menangis2 nak keluar haha




Upacara memberi makan



Lepak sini sampai petang pastu balik...ok la budak2 suka sebab dia macam petting zoo..boleh bagi makan binatang2 tu..kat entrance ada jual animal food pastu kat setiap sangkar ada tulis sekian2 binatang makan apa. So sila la bagi dia makan according to its diet.. kang salah bagi makan sakit dia pulak kang. Baby pun tak kisah tak dapat naik cable car sebab kat zoo ni lagi best katanya :-)

Thanks for reading! :-)

posted from Bloggeroid

LANGKAWI TRIP 2013 DAY 2

Ok sambung Day 2.

Untung benor dpt abg ipar org Langkawi coz ada banyak kabel kan.. Dapat le we all gi island hopping naik ramai2 satu bot dgn harga yg sangat berpatutan..


Berkumpul ramai2 kat jeti before naik bot. Tak semua family aku ada ni..family kakak sulung takde. Anak2 buah pun ramai yg takde.


Tuan belog dgn anak bongsu Baby (black swimsuit) and anak buah


Diorang ni macam sebaya. Tapi anak aku baru 6 tahun..cousin dia 8 tahun


baik2 naik bot tu nakkk...


and the journey begins...


first stop- Tasik Dayang Bunting


kesian mak. Termengah2 panjat tangga. Tapi akhirnya sampai jugak


naughty monkeys!











Second stop- Pulau Beras Basah



cantik kan!


nak tinggal sini terus boleh tak


kesian si Baby nak lompat tak jadi




Lepas puas berangan jadi org pulau, takkan tak reti2 nak balik kan..ingat petang tu nak membongkang je.. tapi abg ipar ajak gi Oriental Village nak naik cable car katanya..okla jom...


but unfortunately cable car tak jalan sebab angin kuat..

Sudahnya kita naik ini..



well what to do..janji ada benda nak naik. Janji Baby berenti nangis hehe..

Sambung Day 3..

Thanks for reading! :-)

posted from Bloggeroid