Tuesday, 24 March 2015

SHOPPING ONLINE

Assalamualaikum dan salam Khamis!

Aku ni memang pengshopping online yg tegar (ada ke perkataan camtu?). Sape la yg tak suka klik klik klik then settle payment, be it either using your credit card or online banking, everything is just at the tip of your fingers, then after 2 days, the package will be delivered to you. Can you imagine the feeling of opening the package yg mengandungi all the good things hasil rembatan you, masa tu aku rasa seolah2 package tu bersinar2 macam ada cahaya yang memancar2 dari langit (well at least, that was how I felt). Tak payah susah2 berlaga vontot dan bahu dengan orang2 yg ramai kat shopping complex tu, tak payah bazir duit bayar parking and tol bagai (kalau aku pegi One Utama, tak ke kena bayar tol?)..all you need to do is just duduk lek lek depan laptop korang and cuci mata (and off course, lepas cuci mata kena bayar la hahaha). Haishhh dah gile ke apa aku ni.

But I'm sure shopaholics yg macam aku ni akan rasa camtu. Padahal benda yg dibeli tu bukannya perlu pun...lebih kepada kehendak. Bila nampak benda cantik je mula la gatal tangan nak beli. Tapi aku rasa aku ni takde la teruk sangat. I'm more into clothes, shawls, handbags, watches and perfumes je. Ada kawan aku sorang tu, siap beli cosmetics, accessories and gadgets online. Sebab katanya harga jauh lebih murah berbanding kalau pergi shopping complex. Yup memang betul...macam handbags aku pun, daripada beli branded handbags and watches such as Marc Jacobs, Coach, Michael Korrs or Kate Spade yg rege beriban2 kat butik KLCC tu, baik beli kat personal shopper yg memang duduk kat US where I can get it for half of the price je. The same goes for perfumes. I'm not sure about other things sebab tak pernah experience beli sendiri online. But for the things yg aku sendiri beli, aku gerenti memang murah. Kualiti pun terjamin.

Adoii orang lain meleleh ailio kalau cerita pasal makan tapi aku boleh pulak nak meleleh ailio bila teringat beg Kate Spade kat entry ini yg entah bila aku boleh mampu beli. Well...kalau cik abang aku taknak belikan for my birthday gift tomorrow, aku beli sendiri la. Tapi tak tau bila hehe

Aku sebenarnya dah lama jugak tak shopping online. Lagi2 pulak tahun ni kena berjimat cermat sebab Im dah masuk kolej. Aku memang taknak ambik loan kat mana2 sebab tak suka berhutang. Lagipun rasanya aku mampu bayar sendiri. Cumanya kena sekat la hawa nafsu aku suka bershopping yang melampau ni. Rasa2nya boleh kot...tapi sudahnya hari Jumaat lepas aku takleh tahan laa...terrrr beli jugak these items kat Poplook:-


Actually I'm not a dress/jubah person. Tapi sejak pregnant ni macam sukeeeee je tengok orang pakai dress/jubah. So terjebak la membeli three dresses ni (errrr....dgn matching shawlnya sekali)


Pastu masa nak checkout, tetiba nampak pulak cardigan dgn shawls cecomel ni 

Actually ada lagi dua benda aku nak beli, tapi nasib baik jugak yg seluar ni dah out of stock, pastu yg skirt tu, bila pikir2 balik...adakah lepas bersalin nanti pinggang aku akan back to 27 inches? Kalau dah jadi 37 inches camne??


Lawa kan skirt tu?? *nanges*

Shopping kat Poplook dah satu hal, pastu tetiba gatal pulak meng google "muslimah online stores" and tetiba aku nampak la satu website ni...Zolace. Makanya terrrr rembat la blouse and palazzo ini:-


Can you imagine pairing the purple blouse dgn yellow palazzo tu? Such a nice combination! But please bear in mind Shima, yg palazzo itu menggunakan zip & cangkuk ye...bukan getah kat pinggang. So bertabah lah tunggu sampai lepas bersalin ok *huwaaaa nanges lagi sekali*

OK enough shopping! Baru tadi kata taknak berhutang utk bayar kolej Im, pastu tetiba hutang credit card ko dah hampir mencapai maximum. But I just can't help myself! Ni belum lagi online shops kat Instagram and FB and a million others online shops. Yang paling kelakar, ada antara benda2 yg aku beli ni aku tak sedar pun kewujudannya! Pasal apa tau? Sebab seludup curi2 masuk bilik time balik kerja, takut laki aku nampak, then terus campak dlm almari dgn plastik pos lajunya sekali, sudahnya aku terus lupa sampai la tiba saat aku mengemas almari, maka baru lah terjumpa plastik pos laju tersebut hahaha....teruknya aku ni!!

Tata! And selamat ber online shopping ye uolls! Hehe

Sunday, 22 March 2015

MY BIRTHDAY WISHLIST

Assalamualaikum!

Lebih kurang 4 hari lagi aku akan menjejak 4 series....ahhhhhh tidakkkkk...! Kenapa la cepat sangat masa berlalu...rasa macam baru semalam je aku habis SPM...tapi sekarang ni memang cepat betul masa berlalu kan? Baru hari tu aku melompat2 kegembiraan sebab dah Jumaat, then weekend came, pastu tetiba arini dah Isnin! Apa ni?? Adoiyaiii...ini la yg dikatakan dunia dah akhir zaman. Bila difikir2kan...seriau aku dibuatnya.

People say that life begins at 40. Tatau la if that's only applicable for males, but I think the same goes for females too. Kita lebih matang, hidup pun dah quite stable, anak2 dah besar...oopppsss but not for me la, besok aku dah 50 baby dlm perut ni baru 10 thn hehe...tapi kan...pernah gak dengar orang cakap, kalau dah umur 40 pun perangai masih tak ubah2, alamatnya sampai bila2 la perangai tu camtu. Betul ke? (let me think apa habit aku yg kemain susah nak ubah...hmmmm)

Aku sebenarnya saja je nak share wishlist aku utk birthday kali ni. Ada la hint sikit2 dgn cik abang aku...tapi macam takde reaksi positif je hahaha...tengok la macamana. Aku tak mintak banyak pon...either one of these things je... (tapi kalau nak bagi semua lagi bagus!)


Kate Spade devin crossbody. Bapak mahal for a small bag...retail price RM1xxx you! (menangis airmata darah)


Fossil Georgia Rose Gold Bangle women's watch. This one quite affordable. Around RM700 camtu


Haaaa yg ni lagi la menangis airmata darah! (no caption needed)

Well anyway..semoga dgn pertambahan umur ini akan membawa lebih kebaikan kepada diriku...dan semoga aku bertambah ceria & happy bersama family tercinta! No more stress stress hokey! (psssttttt nak tengok tak apa yg akan membuatkan aku bertambah happy? Kalau dapat yg ni, takyah hadiah2 yg lain ni pun takpe...Pls scroll...)

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



I love u guys Kwon Sang-woo & Lee Jung-jin!! Muahssss.....!!! 

Kbaii...matik aku kalau laki aku bace ni hahaha




Tuesday, 17 March 2015

KENDURI RUMAH REMY

Assalamualaikum!

Waduh2 lama sungguh aku tak jenguk blog. Mak hencek bz lah *tiup2 habuk* (macam la ada org baca blog kau kan? hehehe)

Seminggu dua ni bz lah. What with SPM result dah keluar (alhamdulillah...walaupun Im tak dpt result flying colours, tapi boleh la nak sambung belajar lagi) so dok sibuk uruskan dia nak sambung belajar. Pastu aku lak lemau...haiiii tak habis2 mabuk...ni stok muntah sampai keluar darah! Tekak luka kot. Pegi hospital takde pulak apa2. Alhamdulillah, baby dlm perut ok.

Ni aku nak cerita pasal kenduri rumah Remy aka Amy Fazillah member SKA aku pada 8 Mac lepas. Pasal apa nama dia Remy? Kat bawah kang aku citer hehe. Adik2 Remy buat kenduri akikah @ cukur jambul baby masing2, so Remy menumpang sekaki birthday anak dia yang bongsu, si hensem Adib yg ke-6 tahun. Aku pergi dengan Wawa je...si Im dengan Baby malas nak ikut. Panas katanya. Taknak ikut, sudah.


Tu dia Adib yg kemeja merah pink tu. Hensem kan? Anak2 Remy semuanya lawa2 dan hensem2. Yang lain tu anak2 buah dia. Tapi yg pakai baju turquouise tu anak si Ina hehe...si Aishah yg comel tembam. Geram! Rasa nak gigit2 pipi dia.


Geng AJK je yg Remy jemput. Terlanjur jumpa kat sini, terus meeting sekali utk bowling bulan April nanti. Meeting nya sikit je, makan dgn gosip2 yang lebih. Tu pinggan atas meja tu, dah separuh kena angkat dek abang si Remy. Penat abang dia dok ulang alik kemas meja, tapi kitaorang tak blah2 lagi hahaha


With Wawa, Ina dgn baby Fayyadh anak Tety. Kenapa kerut2 dahi tu Fayyadh:?


Pelamin baby yang meletops cantik




Mak2 ni kalau dah jumpa kamera, gini lah jadinya. Geleng kepala aku tengok adik beradik Remy tengok kitaorang hahaha

Dulu masa sekolah menengah si Remy ni pengkid. Nama Fazillah tapi nama jantan Remy. Tu yg melekat sampai sekarang. Pastu bila dah insaf, lepas kawin, dapat anak terus tukar nama jadi Amy hehehe....jangan marah Remy ku sayang! Tq for inviting us. Peluk ko ketat2!

Tata!



Thursday, 5 March 2015

MY LAST WEEKEND ACTIVITIES

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Sihat?

Kali ni nak cerita pasal Temasya Sukan anak2 aku si Wawa dgn Baby...it was held on March 1 hari tu, kat Sekolah Menengan Taman Melati. Ikutkan aku malas nak bawak diorang, sebab sekarang kan cuaca panas. Dah la budak2 tu jenis tak suka minum plain water. Kang ada yang tergolek kat tengah padang kang. Tapi kesian pulak sebab sejak dua minggu lepas, tiap2 hari balik sekolah diorang dok praktis, terjerit2 nyanyi lagu sukan masing2, siap dengan dance routine dia, tak sampai hati pulak kalau tak bawak diorang pergi. Macam last year la...si Wawa masuk perbarisan rumah sukan dia jugak, siap ada dance routine and lagu dia. Tahun ni Baby dah start Tahun Satu, dia pun sama masuk jugak. So moh ler kita...



Baby rumah kuning, Wawa rumah hijau.

Dalam taknak taknak bawak tu pon, bila tengok anak sendiri marching dengan cantiknya, pastu dok nyanyi, joget bagai, omak dia yg over kat grand stand tu. Nasib baik aku tak lompat bintang hehehe



Nampak tak si Wawa?



Si Baby pakai seluar ada jalur merah :) Tapi ni dah kenapa bertolak2 sampaikan condong je barisan tu?

Surprisingly, rumah kuning juara dalam perbarisan. Rumah hijau pulak juara keseluruhan. Ibu bangga dengan anak2 ibu!

OTW balik, singgah kejap kedai makan my SKA fren, si Emma kat Taman Wawasan, Hulu Langat. Ramai jugak la budak2 SKA pergi. Dah jadi macam mini gathering laks.


Emma si tuan kedai yg sebelah aku pakai shawl black & white tu. Uols pergi la kedai dia ni. Nasik lemak dia sedap!


Kalau tak usik si Wan ni tak sah hehehe


Baong, perut tu cover sikit Baong!

Lepas habis makan2 kat kedai Emma, balik rumah, pastu anak beranak terbongkang tidur. Lepas Asar baru terjaga, pastu menggelupur masing2 cari makan. Sudahnya laki aku buat cekodok cicah  dengan sambal tumis ikan bilis semalam, dia panaskan balik. Dah la buat sikit, yg makannya empat orang. Berebut2! Tapi itu yang buat sedap sebenarnya hehehe

Tata!