Monday, 23 February 2015

OUR SHORT WEEKEND GETAWAY

Assalamualaikum,

Emm...mak encik baru je masuk kerja hari ni. Last Monday went to work, did some filing pastu tetiba my tummy cramped. I mean gila babas punya cramped. Mcm contraction nak beranak tu. Adoiii...sampai ke pinggang dia tangkap. Aku dah redha dah. Kalaulah rezeki aku pregnant sampai di sini je, nak buat macamana. Cepat2 aku call my hubby, ajak pegi hospital jam tu jugak. Tapi hospital nowadays...biasa la. Tak kira gomen ke swasta ke, lambat tetap lambat. Laki aku dah ngamuk2 dah bini dia dah terbaring2 kat kerusi menunggu tu, tapi nombor aku tak jugak dipanggil. Sudahnya nurse bagi aku masuk baring jap kat katil A&E. Setengah jam kemudian macam tu, doc kat A&E suruh pergi klinik gynae..sebab kat A&E takde ultrasound machine. Alhamdulillah, lepas my gynae scan perut semua, baby sihat, everything was fine. Siap berenang kuak lentang senget benget kat dlm perut aku lagi :) Syukur sangat2. Kena la marah free2 dgn doc. Dah tau awak tu tak kuat, yg pegi angkat file berat2 tu dah kenapa. Akupun tak tahu kenapa pregnant kali ni kemain renyahnya. Pantang silap sikit. Yeah I know I know...sebab dah tua kan ;p

So the doc gave me 3 days MC...plus cuti CNY 2 hari, seminggu jugak la aku duduk kat rumah macam lady boss hehe...dah doctor pesan jgn banyak bergerak..baring je lah. Kalau boleh makan pun atas katil (OK tu melampau). Sangat2 berterima kasih to my hubby sebab banyak tolong time aku sakit (yela, aku jadi camni pun sebab dia jugak kan hehe)

OK back to the original story. Actually nak cerita pasal our short weekend getaway masa pergi Swiss Garden on 14-15 Feb hari tu. Kononnya late celebration la for Wawa. Ingat nak book masa birthday dia hari tu tapi masing2 busy..lagipun minggu ni je yg free. Pelik jugak..ku sangkakan Valentine's Day ni mesti semua hotel fully booked. Dah rezeki kami agaknya.



Budak2...biasa la. Bawak jalan mana pun depa mesti suka punya :)

This time aku ambik Two-Bedroom Premier Suite. Selesa sikit. Just nice for the five of us. Anak2 boleh share satu bilik..pastu mak apak boleh honeymoon dlm satu bilik lagi (ehem!)


The living room yg sangat comel


The kitchenette. Waaaaa how I wish dapur aku cantik macam ni!


First bedroom (tempat mak apak honeymoon hehe)


Second bedroom


The bathroom yg equally comel jugak like the rest of the rooms. Ada bathtub sebenarnya kat belah kiri aku...tapi malas nak ambik gambar


View from our room. Errr takde la cantik mana...tapi ni lah realitinya kalau duduk kat KL

Lepas tu apa lagi nak buat...terjun kolam lah!








Wawa dgn Baby dah pandai swim sikit2. I'm so proud of u gals!

Malam tu we all gi Berjaya Times Square for dinner and tengok wayang. Teringin nak tenguk citer Gudang Kubur...sebab ada pakwe aku berlakon (Faizal Hussein) hehe...dah lama betul tak tengok dia berlakon. Overall not bad la. Faizal dgn Nora Danish macam biasa la, lakonan superb. Tapi the supporting actors yg macam kayu aku rasa.

Besoknya dah check out. Entry diakhiri dengan pic tuan belog yg preknen 4 months:-


Alhamdulillah Allah izinkan aku berjimba2 kat Swiss Garden ni dulu. Balik je KL, terus sakit on Monday! haha

Tata!


Monday, 9 February 2015

MEETING SKA

Assalamualaikum!

Tahun ni geng2 SKA aku kata nak buat bowling lagi...kiranya ni macam acara wajib tahunan la. Family day kita decide nak buat dua thn sekali je...aku cuma mengikut majoriti. Nama je Chairman tapi tak buat keje kahkahkah

Tahun ni Azwan gantung bola bowling...dia taknak organise lagi. Bagi peluang kat orang lain katanya. So selepas perbincangan sebulat suara, kitaorang decided nak pilih Tety je. AJK lain still remain macam last year. Tempat dan date dah ada dah...semoga dipermudahkan.

So last Saturday we all buat meeting kat Carrefour Ampang.


Ni la muka2 AJK bowling SKA tahun ni. Ada seekor kumbang di celah2 bunga :) Actually sama je mcm AJK last year. Cuma ada pertambahan sorang ahli. Aku kurang gemar la tengok muka sendiri time pregnant kali ni. Macam kusam je...takde seri. Pregnant yg dulu2 takde pon macam ni


Aku geram sungguh dengan budak botak dua orang ni. Sama je kepala dgn mata bulat. Tampo nak? hehe



Ina dengan baik hatinya telah memasak potato au gratin ni utk kitaorang. Ina ni memang pandai masak...tokeh cafe la katakan. Errr tapi yg ABC tu beli tau bukan buat hehe


Entry diakhiri dengan gambar tuan belog dgn hensem baby Auzaie. Semoga baby yg bakal kulahirkan nanti sempurna sifat dan sihat tubuh badannya, ameen!



HAPPY 9TH BIRTHDAY WAWA!

Assalamualaikum,

How time flies. Today, 9 years ago, my second daughter was born. Kenapa cepat sangat besar ni? Rasa macam tak puas dukung dia masa baby. Teringat masa Wawa baru first time tumbuh gigi, pastu teringat masa dia first time baru nak jalan jatuh...her first words...so far Wawa adalah anak yang sangat senang dijaga...since baby lagi. Dia tak banyak ragam...jarang nak menangis mengamuk tak tentu pasal. Malam2 pun jarang bangun menyusu...bila dah besar pun dia jenis anak yg mendengar kata, sekali sekala ada la ragamnya tapi tak teruk sangat. Sangat bersyukur dapat anak sebaik Wawa.

In this post, I'm gonna put her pics dari kecik sampai la sekarang. Cuma pics masa dia baru lahir guna kamera yg pakai filem tu, all the pics and films were ruined during the flood in 2012. Sayang sungguh :(

So this entry is especially dedicated to you my darling :) Mana la tau, besok2 bila ibu dah takde, boleh la awak baca entry ibu ni balik ya...and please know that I love you guys with all my heart...abang Im, Wawa and Baby.


Ni masa Wawa umur 7 bulan kalau tak silap. Gigi pun takde lagi...baru nak belajar merangkak


Ni masa dia 9 bulan :) Dah pandai jalan jatuh masa ni



Masa ni dah umur setahun lebih. Surprisingly, she started talking when she was 10 months old. Her first word was "iba" (meaning - ibu la kot? haha)


Wawa at 2+ years. Masa ni memang dah bijak sangat bercakapnya...tak larat nak melayan :)


Wawa at 3+ years. Masa ni dah dapat Baby dah :)


Wawa with her sister Baby :) Masa ni Baby baru 4 bulan hehe...macam anak Jepun!


Wawa at 4


Wawa at 5


Wawa at 6


Latest picture :)

Haiii lahhh....kenapa masa tulis ni pun aku dah rasa sebak. Tak sanggup rasanya bila memikirkan bahawasanya satu hari nanti anak2 akan pergi meninggalkan aku. Imran pun tak lama lagi akan sambung belajar kat U, kalau result SPM dia bagus (doa2kan lah ye!). Wawa lagi 10 tahun pun akan masuk U jugak. Baby? Huwaaaa......bak kata kawan2 aku, baby dlm perut aku ni akan jadi peneman setelah abang dgn kakak2 dia sambung belajar nanti. Tapi aku pulak rasa macam layan cucu pulak kang bila aku dah 40+! Hehe

But that's how life is. Ready or not, suka atau tak, we have to face it. Laki aku kalau baca blog ni mesti dia kata aku ngada2, overreacted dan sewaktu dengannya. But I can't help myself. Remember masa Wawa pergi kem kepimpinan hari tu? Eventhough she was gone for only ONE night, tapi aku tak boleh tido malam tu. Asyik belek barang2 dia, baju2 dia. Bila Baby pasang favourite song Wawa pun, tak pasal2 kena marah budak tu sebab aku suruh tutup lagu tu. Everywhere I looked, I saw Wawa. Kesian kat abang Im and Baby macam terabai pulak. Tu yg laki aku cakap aku over tu hahaha...tak paham la orang lelaki ni...aku tengok dia rilekkkk je. Tak rindu kat anak ke?

Well anyway...harapan ibu pada Wawa...semoga jadi anak yg solehah and jadilah anak kebanggaan ibubapamu. Keep on being yourself ok! Ibu juga doakan Wawa sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, sentiasa diberi kesihatan yang baik, fikiran yang lapang, rezeki yang melimpah ruah dan segala usahamu memperolehi keberkatan.

Ibu, ayah, abang dan adik sayang awak sangat2.

Adoii...tak dapat bayangkan perasaan ibu masa tulis blog di hari persandingan awak besok! Hmmmm.....

Friday, 6 February 2015

TRIP TO KUANTAN & TANAH AINA, PAHANG

Assalamualaikum!

OK akak nak sambung cerita utk tahun lepas ye...rasanya this is gonna be my last story for 2014. Sebenarnya ada banyak lagi tapi apa yg aku publish ni je rasanya yg highlight kot. Errr actually ada jugak yg aku dah lupa kahkahkah

Setiap hujung tahun biasa la, aku sebagai seorang ibu akan merancang percutian utk keluarga. Kalau nak harapkan husband aku tu manjang je busy...dulu time dia kerja tempat lama rajin jugak dia dok usha2 tiket promo Air Asia...tapi sekarang ni nan ado...

Nak jalan2 ke pulau, hujung tahun musim hujan. Lagi2 aku baru je disahkan pregnant, kang mau terberanak atas bot tu kang. Nak jalan dekat2, anak2 bising. Tak rock la ibu jalan dekat2 sangat...tapi nak jalan jauh sangat pun aku tak boleh, sebab mabuk kalau naik kereta orang lain bawak. Kalau aku drive, OK je kot! Tapi tak kuasa la kan mak nak drive jauh2 semata2 sebab nak melayan mabuk aku ni...so tempat paling sesuai aku rasa Pahang je lah...cadangnya ingat nak pergi Swiss Garden Kuantan then on the way balik boleh la singgah Tanah Aina kat Bentong.

But a few days before hari kejadian, aku dgn anak2 demam.  Aku la yg paling teruk, sebab pembawakan baby agaknya. Dengan mabuknya lagi...si Wawa dgn Baby baru nak start demam. Masing2 dah risau. Boleh ke gi vacay macam ni? Tapi belasah je la. Takkan nak cancel pulak. Deposit semua dah bayar.

Day 1 - December 19 2014

So bertolak la kami anak beranak ke Kuantan dahulu. Masa ni aku tawakkal je sebab Kelantan dengan Terengganu kan banjir teruk, dengar2 Pahang pun dah mula naik air tapi Kuantan belum kena lagi.  Tapi start from Genting memang dah start hujan renyai2. Kitaorang dah debar2 dah masa ni. Semoga dipermudahkan perjalanan kami, Ameen!

Akhirnya kami selamat tiba ke Swiss Garden Resort Kuantan dalam keadaan hujan renyai2.



Nampak tak tu basah? Masa ni hujan baru je berhenti





Korang tengok la...tak padan dengan demamnya. Bila jumpa swimming pool, boleh pulak hilang sakit ye anak2

Day 2 - December 20 2014

Demam aku makin teruk. Tak larat nak bangun...nak angkat kepala pun payah. Tapi demi anak2, ku gagahi jua (poyo...!) So hubby cakap jom la kita round2 pekan Kuantan. Kita singgah je mana2 tempat yg menarik.


At hotel lobby. Seronoknya berjalan masa bulan December ni, deco cantik2. Sana sini ada xmas tree


Sudahnya kami ke Mini Zoo Taman Teruntum. Seingat aku dia dekat dgn istana. Entrance is free ya








Walaupun entrance free, but all the rides kena bayar la. Even the animal food pun. No complaints here...quite impressive jugak tempatnya...bersih and all the animals pun clean. Terbela la.

Lepas tu masa nak balik, budak2 ternampak benda alah ni:-




Layankan aje. Tapi bola tu dok kat tepi je la...sebab masing2 malas nak bergerak. Sudahnya terbaring je dua2 budak tu kat dalam hahaha

Day 3 - December 21 2014

After check out from Swiss Garden, kitaorang terus bergerak ke Tanah Aina. Masa ni cuaca tak elok lagi, hujan berterusan dari pagi sampai lah kitaorang tiba kat area Bentong. Tapi Alhamdulillah bila dah sampai Tanah Aina, the rain stopped and cuaca jadi redup je.

Actually aku dah lama berangan nak stay kat Tanah Aina ni. Tapi mengenangkan the cost yg quite high,  aku dok tangguh tangguh je. But in the end, I gave up. Geram la tengok gambar2 kat website dia. Sekali seumur hidup aku mesti jugak datang sini. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit, so tercapai jugak impian aku. Boleh usha website dia kat sini.

Please be informed yg sebarang jenis kenderaan persendirian tidak dibenarkan masuk ke kawasan resort. Korang kena naik lori khas dia yg akan tunggu kita kat parking area. Jangan risau, kereta korang akan selamat kat sini sebab ada staff Tanah Aina yg jaga. Jalan nak naik ke resort tu pun jenis berbatu2, yg tak di tar. Terlambung2 jugak la kitaorang dalam lori dia. Nasib baik aku tak terberanak hahaha





Ni la keadaan jalan di sepanjang perjalanan. Bukan jalan yg di tar


*pic googled*





And the view was breathtaking. Masing2 terdiam. Speechless!

Kat sini memang package yg jenis all in. Macam package aku ambik, ada 4x makan. Lunch, hi tea, dinner and breakfast on the next day. Memang konsep dia santai2 macam tu. Tak yah susah2 keluar cari makan...everything is in here. Kita bawak vontot je then bersenang lenang macam orang kaya muahahaha (gelak orang kaya)




Gambar blur sebab taken with handphone je

Tepat pukul 3, everybody kena berkumpul kat depan resort utk join depa punya jungle trekking. Aku masa ni demam tak demam, mabuk tak mabuk, aku tak kira. Tengok kat website dia macam best je. Rugi tak join woooo...! (lagipun dah bayar kan..included in the package hehe)


Bergambar reramai dulu kat depan. Before - masa ni muka masing2 fresh lagi plus muka teruja nak join jungle trekking. Cuba tengok muka bila dah turun kang...tak rupa orang! (sebab tu taknak tepek pic "after" kat sini hahaha). Bila dah berkumpul sesama camni, terus la dapat kawan baru. Especially my kids yg super peramah tu. Siap tukar2 wechat id and FB hehe





Sgt2 berterima kasih dgn staff Tanah Aina yg super friendly semuanya, yg banyak menolong aku dan anak2 yg boleh la dikatakan kurang upaya ni. Ada sorang mamat tu siap dukung Baby kat tengkuk dia masa perjalanan balik sebab tumit Baby melecet. Ingat senang ke turun bukit melalui denai dlm hutan yg kecik tu? Silap haribulan boleh tergelincir jatuh gaung. Tapi gambar sepanjang perjalanan aku tak dapat snap sebab kamera and handphone tak dibenarkan bawak. Bukan apa...depa takut kalau jatuh masuk air ke apa ke, takut rosak. Lagipun memang ada staff dia yg akan ambik gambar. All these pictures I took from the CD I bought from them, termasuk video Imran dgn my hubby masa buat "Leap of Faith". Tapi video tu panjang sangat, malas nak masuk kat sini.


Depa sempat snap gambar Imran je. Budak ni sampai tiga kali terjun. Tak takut agaknya! Kalau aku, idok ler...ramai jugak aku tengok orang yg naik atas platform tu tak jadi terjun. 

Lepas selesai aktiviti jungle trekking, kitaorang dihidangkan dengan hi tea kat cafe. Bayangkan...dah la penat2 berjungle trekking, bila turun, perut masing2 mesti la dah lapar. Pastu dapat pulak teh misai kucing dengan mihun goreng, heaven sungguh!

Malam tu after dinner, ada pulak nite walk. Yg ni pun included in the package. But aku dgn Baby tak pergi. Sakit badan jungle trekking siang tadi pun tak hilang lagi. My hubby, Imran dgn Wawa je yg pergi.

Day 4 - December 22 2014

Besoknya after breakfast sempat jugak kitaorang mandi sungai yg betul2 kat bawah chalet kitaorang. Turun tangga je terus jumpa sungai. Kalau lah boleh buat rumah macam ni kan bagus...everytime stress je, terjun sungai. Pastu sambil2 tu boleh la aku bayangkan benamkan kepala orang2 yg buat aku stress tu dalam sungai sekali hahaha (ok tak kelakar)



Ni la tangga yg aku maksudkan. Tangga yang naik ke atas tu menuju ke toilet. Tu je la satu2nya yg aku tak berapa berkenan dengan Tanah Aina ni...toilet kat luar. Dah la pintu toilet tak tutup sampai atas. Ada la gap sikit kat atas tu. Dah la menghadap hutan. Tengah buat "bisnes" aku terbayang2 kalau la ada Cik Pon mengintai dari atas tu, cemana aku nak lari hahaha. According to the website, owner Tanah Aina kata memang depa sengaja buat konsep toilet kat luar...ala2 rumah kat kampung zaman dulu2. OK la...reason boleh diterima.



Famly wefie. Tak puas la tido sini...boleh tak kita duduk sini seminggu Bang? Boleh tak? Boleh tak...? *pandangan maut dilemparkan oleh laki aku*



Pengalaman percutian di Tanah Aina yg manis jadi bertambah manis dengan terserempaknya aku dengan kakak kembar aku ni. Amacam...ada serupa tak muka?? Huahuahua

Tata!