OK akak nak sambung cerita utk tahun lepas ye...rasanya this is gonna be my last story for 2014. Sebenarnya ada banyak lagi tapi apa yg aku publish ni je rasanya yg highlight kot. Errr actually ada jugak yg aku dah lupa kahkahkah
Setiap hujung tahun biasa la, aku sebagai seorang ibu akan merancang percutian utk keluarga. Kalau nak harapkan husband aku tu manjang je busy...dulu time dia kerja tempat lama rajin jugak dia dok usha2 tiket promo Air Asia...tapi sekarang ni nan ado...
Nak jalan2 ke pulau, hujung tahun musim hujan. Lagi2 aku baru je disahkan pregnant, kang mau terberanak atas bot tu kang. Nak jalan dekat2, anak2 bising. Tak rock la ibu jalan dekat2 sangat...tapi nak jalan jauh sangat pun aku tak boleh, sebab mabuk kalau naik kereta orang lain bawak. Kalau aku drive, OK je kot! Tapi tak kuasa la kan mak nak drive jauh2 semata2 sebab nak melayan mabuk aku ni...so tempat paling sesuai aku rasa Pahang je lah...cadangnya ingat nak pergi Swiss Garden Kuantan then on the way balik boleh la singgah Tanah Aina kat Bentong.
But a few days before hari kejadian, aku dgn anak2 demam. Aku la yg paling teruk, sebab pembawakan baby agaknya. Dengan mabuknya lagi...si Wawa dgn Baby baru nak start demam. Masing2 dah risau. Boleh ke gi vacay macam ni? Tapi belasah je la. Takkan nak cancel pulak. Deposit semua dah bayar.
Day 1 - December 19 2014
So bertolak la kami anak beranak ke Kuantan dahulu. Masa ni aku tawakkal je sebab Kelantan dengan Terengganu kan banjir teruk, dengar2 Pahang pun dah mula naik air tapi Kuantan belum kena lagi. Tapi start from Genting memang dah start hujan renyai2. Kitaorang dah debar2 dah masa ni. Semoga dipermudahkan perjalanan kami, Ameen!
Akhirnya kami selamat tiba ke Swiss Garden Resort Kuantan dalam keadaan hujan renyai2.
Nampak tak tu basah? Masa ni hujan baru je berhenti
Korang tengok la...tak padan dengan demamnya. Bila jumpa swimming pool, boleh pulak hilang sakit ye anak2
Day 2 - December 20 2014
Demam aku makin teruk. Tak larat nak bangun...nak angkat kepala pun payah. Tapi demi anak2, ku gagahi jua (poyo...!) So hubby cakap jom la kita round2 pekan Kuantan. Kita singgah je mana2 tempat yg menarik.
At hotel lobby. Seronoknya berjalan masa bulan December ni, deco cantik2. Sana sini ada xmas tree
Sudahnya kami ke Mini Zoo Taman Teruntum. Seingat aku dia dekat dgn istana. Entrance is free ya
Walaupun entrance free, but all the rides kena bayar la. Even the animal food pun. No complaints here...quite impressive jugak tempatnya...bersih and all the animals pun clean. Terbela la.
Lepas tu masa nak balik, budak2 ternampak benda alah ni:-
Layankan aje. Tapi bola tu dok kat tepi je la...sebab masing2 malas nak bergerak. Sudahnya terbaring je dua2 budak tu kat dalam hahaha
Day 3 - December 21 2014
After check out from Swiss Garden, kitaorang terus bergerak ke Tanah Aina. Masa ni cuaca tak elok lagi, hujan berterusan dari pagi sampai lah kitaorang tiba kat area Bentong. Tapi Alhamdulillah bila dah sampai Tanah Aina, the rain stopped and cuaca jadi redup je.
Actually aku dah lama berangan nak stay kat Tanah Aina ni. Tapi mengenangkan the cost yg quite high, aku dok tangguh tangguh je. But in the end, I gave up. Geram la tengok gambar2 kat website dia. Sekali seumur hidup aku mesti jugak datang sini. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit, so tercapai jugak impian aku. Boleh usha website dia kat sini.
Please be informed yg sebarang jenis kenderaan persendirian tidak dibenarkan masuk ke kawasan resort. Korang kena naik lori khas dia yg akan tunggu kita kat parking area. Jangan risau, kereta korang akan selamat kat sini sebab ada staff Tanah Aina yg jaga. Jalan nak naik ke resort tu pun jenis berbatu2, yg tak di tar. Terlambung2 jugak la kitaorang dalam lori dia. Nasib baik aku tak terberanak hahaha
Ni la keadaan jalan di sepanjang perjalanan. Bukan jalan yg di tar
*pic googled*
And the view was breathtaking. Masing2 terdiam. Speechless!
Kat sini memang package yg jenis all in. Macam package aku ambik, ada 4x makan. Lunch, hi tea, dinner and breakfast on the next day. Memang konsep dia santai2 macam tu. Tak yah susah2 keluar cari makan...everything is in here. Kita bawak vontot je then bersenang lenang macam orang kaya muahahaha (gelak orang kaya)
Gambar blur sebab taken with handphone je
Tepat pukul 3, everybody kena berkumpul kat depan resort utk join depa punya jungle trekking. Aku masa ni demam tak demam, mabuk tak mabuk, aku tak kira. Tengok kat website dia macam best je. Rugi tak join woooo...! (lagipun dah bayar kan..included in the package hehe)
Sgt2 berterima kasih dgn staff Tanah Aina yg super friendly semuanya, yg banyak menolong aku dan anak2 yg boleh la dikatakan kurang upaya ni. Ada sorang mamat tu siap dukung Baby kat tengkuk dia masa perjalanan balik sebab tumit Baby melecet. Ingat senang ke turun bukit melalui denai dlm hutan yg kecik tu? Silap haribulan boleh tergelincir jatuh gaung. Tapi gambar sepanjang perjalanan aku tak dapat snap sebab kamera and handphone tak dibenarkan bawak. Bukan apa...depa takut kalau jatuh masuk air ke apa ke, takut rosak. Lagipun memang ada staff dia yg akan ambik gambar. All these pictures I took from the CD I bought from them, termasuk video Imran dgn my hubby masa buat "Leap of Faith". Tapi video tu panjang sangat, malas nak masuk kat sini.
Depa sempat snap gambar Imran je. Budak ni sampai tiga kali terjun. Tak takut agaknya! Kalau aku, idok ler...ramai jugak aku tengok orang yg naik atas platform tu tak jadi terjun.
Lepas selesai aktiviti jungle trekking, kitaorang dihidangkan dengan hi tea kat cafe. Bayangkan...dah la penat2 berjungle trekking, bila turun, perut masing2 mesti la dah lapar. Pastu dapat pulak teh misai kucing dengan mihun goreng, heaven sungguh!
Malam tu after dinner, ada pulak nite walk. Yg ni pun included in the package. But aku dgn Baby tak pergi. Sakit badan jungle trekking siang tadi pun tak hilang lagi. My hubby, Imran dgn Wawa je yg pergi.
Day 4 - December 22 2014
Besoknya after breakfast sempat jugak kitaorang mandi sungai yg betul2 kat bawah chalet kitaorang. Turun tangga je terus jumpa sungai. Kalau lah boleh buat rumah macam ni kan bagus...everytime stress je, terjun sungai. Pastu sambil2 tu boleh la aku bayangkan benamkan kepala orang2 yg buat aku stress tu dalam sungai sekali hahaha (ok tak kelakar)
Ni la tangga yg aku maksudkan. Tangga yang naik ke atas tu menuju ke toilet. Tu je la satu2nya yg aku tak berapa berkenan dengan Tanah Aina ni...toilet kat luar. Dah la pintu toilet tak tutup sampai atas. Ada la gap sikit kat atas tu. Dah la menghadap hutan. Tengah buat "bisnes" aku terbayang2 kalau la ada Cik Pon mengintai dari atas tu, cemana aku nak lari hahaha. According to the website, owner Tanah Aina kata memang depa sengaja buat konsep toilet kat luar...ala2 rumah kat kampung zaman dulu2. OK la...reason boleh diterima.
Famly wefie. Tak puas la tido sini...boleh tak kita duduk sini seminggu Bang? Boleh tak? Boleh tak...? *pandangan maut dilemparkan oleh laki aku*
Pengalaman percutian di Tanah Aina yg manis jadi bertambah manis dengan terserempaknya aku dengan kakak kembar aku ni. Amacam...ada serupa tak muka?? Huahuahua
Tata!



































No comments:
Post a Comment