Aku ni memang pengshopping online yg tegar (ada ke perkataan camtu?). Sape la yg tak suka klik klik klik then settle payment, be it either using your credit card or online banking, everything is just at the tip of your fingers, then after 2 days, the package will be delivered to you. Can you imagine the feeling of opening the package yg mengandungi all the good things hasil rembatan you, masa tu aku rasa seolah2 package tu bersinar2 macam ada cahaya yang memancar2 dari langit (well at least, that was how I felt). Tak payah susah2 berlaga vontot dan bahu dengan orang2 yg ramai kat shopping complex tu, tak payah bazir duit bayar parking and tol bagai (kalau aku pegi One Utama, tak ke kena bayar tol?)..all you need to do is just duduk lek lek depan laptop korang and cuci mata (and off course, lepas cuci mata kena bayar la hahaha). Haishhh dah gile ke apa aku ni.
But I'm sure shopaholics yg macam aku ni akan rasa camtu. Padahal benda yg dibeli tu bukannya perlu pun...lebih kepada kehendak. Bila nampak benda cantik je mula la gatal tangan nak beli. Tapi aku rasa aku ni takde la teruk sangat. I'm more into clothes, shawls, handbags, watches and perfumes je. Ada kawan aku sorang tu, siap beli cosmetics, accessories and gadgets online. Sebab katanya harga jauh lebih murah berbanding kalau pergi shopping complex. Yup memang betul...macam handbags aku pun, daripada beli branded handbags and watches such as Marc Jacobs, Coach, Michael Korrs or Kate Spade yg rege beriban2 kat butik KLCC tu, baik beli kat personal shopper yg memang duduk kat US where I can get it for half of the price je. The same goes for perfumes. I'm not sure about other things sebab tak pernah experience beli sendiri online. But for the things yg aku sendiri beli, aku gerenti memang murah. Kualiti pun terjamin.
Adoii orang lain meleleh ailio kalau cerita pasal makan tapi aku boleh pulak nak meleleh ailio bila teringat beg Kate Spade kat entry ini yg entah bila aku boleh mampu beli. Well...kalau cik abang aku taknak belikan for my birthday gift tomorrow, aku beli sendiri la. Tapi tak tau bila hehe
Aku sebenarnya dah lama jugak tak shopping online. Lagi2 pulak tahun ni kena berjimat cermat sebab Im dah masuk kolej. Aku memang taknak ambik loan kat mana2 sebab tak suka berhutang. Lagipun rasanya aku mampu bayar sendiri. Cumanya kena sekat la hawa nafsu aku suka bershopping yang melampau ni. Rasa2nya boleh kot...tapi sudahnya hari Jumaat lepas aku takleh tahan laa...terrrr beli jugak these items kat Poplook:-
Actually I'm not a dress/jubah person. Tapi sejak pregnant ni macam sukeeeee je tengok orang pakai dress/jubah. So terjebak la membeli three dresses ni (errrr....dgn matching shawlnya sekali)
Pastu masa nak checkout, tetiba nampak pulak cardigan dgn shawls cecomel ni
Actually ada lagi dua benda aku nak beli, tapi nasib baik jugak yg seluar ni dah out of stock, pastu yg skirt tu, bila pikir2 balik...adakah lepas bersalin nanti pinggang aku akan back to 27 inches? Kalau dah jadi 37 inches camne??
Lawa kan skirt tu?? *nanges*
Shopping kat Poplook dah satu hal, pastu tetiba gatal pulak meng google "muslimah online stores" and tetiba aku nampak la satu website ni...Zolace. Makanya terrrr rembat la blouse and palazzo ini:-
Can you imagine pairing the purple blouse dgn yellow palazzo tu? Such a nice combination! But please bear in mind Shima, yg palazzo itu menggunakan zip & cangkuk ye...bukan getah kat pinggang. So bertabah lah tunggu sampai lepas bersalin ok *huwaaaa nanges lagi sekali*
OK enough shopping! Baru tadi kata taknak berhutang utk bayar kolej Im, pastu tetiba hutang credit card ko dah hampir mencapai maximum. But I just can't help myself! Ni belum lagi online shops kat Instagram and FB and a million others online shops. Yang paling kelakar, ada antara benda2 yg aku beli ni aku tak sedar pun kewujudannya! Pasal apa tau? Sebab seludup curi2 masuk bilik time balik kerja, takut laki aku nampak, then terus campak dlm almari dgn plastik pos lajunya sekali, sudahnya aku terus lupa sampai la tiba saat aku mengemas almari, maka baru lah terjumpa plastik pos laju tersebut hahaha....teruknya aku ni!!
Tata! And selamat ber online shopping ye uolls! Hehe




No comments:
Post a Comment