Wednesday, 28 October 2015

I'M BACK!

Assalamualaikum semua,

Peghh peghh peghhhhh...lama sungguh aku tak masuk blog. Ada ke readers yang merindui aku disini? Hehehe...

Alhamdulillah, pada 9 Julai aritu aku  selamat melahirkan anak keempat through c-sect.  Mengapa aku dibedah? Sebab aku mintak hehe. Towards the end of my pregnancy tu, masuk je 32 weeks, azabnya ya Allah...sebab kaki bengkak giler babas punya bengkak, pastu my tailbone yg retak masa jatuh tahun 2006 tu sakit balik, maybe sebab pressure perut dah makin besar, nak jalan pun tak boleh beb. Bertongkat2 aku bila nak berjalan. Nak cover punya pasal, taknak la pakai tongkat kan, melampau sgt rupanya, so aku pakai payung. Budak2 opis ni dok pakat gelakkan aku everytime they saw me, yela buruk nau rupanya! Org tua kalau pregnant camtu la kot mihmih (tapi dulu mak aku dah 40+ pregnant pun ok je aku tgk? Hmmm)


My 8-month old tummy


Bukti kaki bengkak macam belon

Ingat nak pilih July 7, same birthday dgn husband aku, but the doc said July 7 tu baby baru je masuk 37 weeks, so kasi can dia duduk dlm perut 2 hari lagi...so she chose July 9. Malam July 8 tu patutnya aku serah diri kat Ampang Puteri, but unfortunately ward yg double bed tu penuh, kena duduk ward yg four bedded. Aku taknak la yg four bedded nanti laki aku takleh tido situ, paham-paham jela kalau kena bedah ni mana boleh gerak banyak, dah la Ampang Puteri jenis letak baby kat mak dia, mau nangis aku kalau malam2 baby meragam. That's why aku nak yg double bed so that my hubby boleh tido kat ward jaga baby.

So sudahnya pagi July 9 barulah aku menyerah diri kat hospital. After check in bilik, kemas-kemas barang semua, nurse pun datang masuk drip, then dalam kul 10 pagi aku ditolak masuk OT.  Nervous punya pasal, satu apa gambar pun tak sempat snap. Walaupun dulu pernah c-sect masa Wawa, tapi aku tetap nervous. Yela, perut ko nak kena potong, sape tak takut kan?

Alhamdulillah pukul 11.40 pagi Nayli Insyirah selamat dilahirkan ke dunia. Syukur sangat2 sebab walaupun aku pregnant masa umur 40 ini, my baby sangat2 sempurna sifat, sihat dan comel.



Ramai kata Nayli ni ikut muka laki aku. Ye ke?

Pastu the week after that kan Raya Puasa, konon budget nak beranak sebelum raya la, so that masa raya tu aku boleh beraya sama, pakai baju raya bagai. Memang tak la kan..! Aku pantang kat rumah mak aku, masa bawak beg ke rumah mak tu aku dah siap pack kan jubah raya. Sekali silap jubah daa...bukan yg breastfeeding friendly tu. Aku tersalah bawak jubah. So suruh la laki aku bawak jubah satu lagi tu ke rumah mak, tapi sampai ke sudah dia tak jumpa! Stress ahkak.

So pagi raya tu aku pakai la jubah yg tidak breastfeeding friendly iteww...everytime anak aku nak nyusu kena masuk bilik, bukak baju semua, baru boleh breastfeed. Baby dalam pantang, paham2 je la. Every two hours nak menetek je...so motip aku pakai jubah bagai? By 2 pm macam tu terus tukar tshirt dgn kain batik je hahaha







Suka anak2 aku dapat duit raya. Mak mertua aku yg tudung turqoise tu. Memang dia duduk rumah aku masa aku dlm pantang ni..teman laki aku hehe..masa ni pulak Imran kena ceri beri...so takde mood nak bergambar...adoiii macam2...


Ni je la gambar dgn laki aku yg ada. Jubah ni yg aku dok bukak pakai bukak pakai tu haha


Nayli dgn cucu sedara aku Maryam. Maryam ni tua sebulan dgn Nayli. Tapi semangatnya ya Allah!

Takat tu dulu la story pasal Nayli ni. Ada lagi cerita...dia kena sawan tangis dan rumah aku kena "ganggu". Tungguuuuu....







No comments:

Post a Comment