Thursday, 28 January 2016

NAYLI WARDED

Assalamualaikum,

Last Thursday (Jan 21) Nayli masuk wad sebab demam panas..sampai mencecah 40 degrees.  Dia actually demam since Monday lagi tapi aku bawak gi klinik biasa je. Lepas bagi paracetamol, dia ok balik. Tapi Selasa dia demam balik, pastu sejuk balik, camtu la on and off.

Tapi hari Khamis tu masa aku kat ofis, mak aku called, kelam kabut suruh balik. Katanya mata Nayli dah pandang atas je..pastu satu badan dia lembik. Aku dah panik...terus balik, pecut kereta sampai 140...nasib baik tak jadi apa-apa. Sambil pecut tu sempat jugak aku call my hubby suruh balik jugak.

Sampai je rumah mak aku terus mandikan dia sementara tunggu my hubby balik, pastu terus ke emergency Ampang Puteri.  Nasib patients tak ramai sangat, tunggu dalam 20 minutes je pastu terus dapat jumpa doktor.


Sayu je mata dia. Nampak sangat tak bermaya. Rambut pun jadi pacak2...mungkin sebab panas sangat agaknya. Baju pun tah apa2 aku pakaikan...baju lain, seluar lain...kelam kabut punya pasal.

Lepas doc examined, terus la nurse datang masukkan drip. Hancur luluh hati aku tengok dia menangis sebab sakit masa cucuk jarum tu, pastu nurse perah2 pulak lengan dia nak keluarkan darah...doc nak buat blood test jugak. Haiiii lah...anak yang kena cucuk, omak pulak yang nangih :(



Lepas kena cucuk drip, terus tidur. Masa ni still kat emergency lagi, wad belum kemas. Sedih pulak aku tengok gambar2 ni balik :( 

Lepas sejam kat emergency tu baru la kitaorang dapat masuk wad paediatric kat tingkat 6. Anak2 aku semua ada pengalaman masuk wad masa umur macam Nayli ni, kecuali Baby. Alhamdulillah dia sihat, cuma demam sikit2 je.

Aku masa ni dah rimas giler..bayangkan dari ofis direct terus ke sini, dengan tak mandinya, tak shee shee nya, dengan baju kerjanya lagi. Lepas settle Nayli masuk drip ni, my hubby terus balik rumah nak pack baju2 aku dengan Nayli. But guess what time dia sampai hospital balik? 11 pm! Huhuhu....sampai sakit perut aku menahan nak shee shee.


Katanya meal untuk anak. Tapi budak 6 bulan...takkan nak makan spagheti carbonara kot? So omaknya la habiskan :)



Masa ni hari ketiga. Baru nampak segar sikit.

Rupanya Nayli sakit nak pandai...orang tua2 kata mintak upah. After discharged on Sunday, terus dia pandai bergolek2 and angkat2 montot sikit macam nak maju ke depan. Bertuah punya anak......

Thanx for reading!

Wednesday, 13 January 2016

KIDZ WORLD, WANGSA WALK

Assalamualaikum!

Dah 3 minggu si Baby dok berzikir kat telinga ayah dia nak main pasir. Ni gara2 dia nampak budak2 main kat Wangsa Walk tu la. So marilah kita.



Entry dimulai dengan gambar tuan belog hehe

Actually dulu tempat ni kedai SSF Home Deco tapi dah tutup...Entrance fee RM30 for a child aku rasa macam quite expensive jugak sebab tempatnya tak beso mana. Ada satu sand pit with a few toys dengan gelongsor yang ada obstacle sikit, ball pit satu, dengan a few bean bags thrown here and there. Sorry la mak tak sempat ambik gambar gelang dengan price list, sebab busy dengan si Nayli. Pastu ada satu benda buat aku panas hati sikit...ada ke dia suruh aku bayar untuk Nayli? Budak baru 6 bulan, merangkak pun tak pandai lagi, apa aje yang dia boleh main? Bila aku bising2, dia cakap terpaksa ikut procedure. But then ada sorang lagi staff juz waved me in. Dia cakap tak payah bayar untuk Nayli. Bukannya aku kedekut, berkira duit ke apa, tapi cam tak logik pulak baby pun kena bayar kan? Kalau bayar half price tu kira reasonable la jugak.



Ni la tempat pasir yang tak sebesar mana tu. Tapi bila tengok expression Baby yang priceless...happy je aku rasa. Aku mati2 ingat benda ni pasir betul..rupanya synthetic je. Bila tengok dekat2 dia macam beads. Aku masuk la jugak sekejap dengan Nayli. Tapi takut dia makan pulak...so cepat2 aku keluar.

Satu lagi, all must wear socks. Diwajibkan! So aku nasihatkan korang bawak socks siap2 dari rumah. Tapi kalau tak bawak pun takpe, diorang ada jual. RM5 a pair.



Uols nampak tak ada macam kolong kat belakang budak2 tu? Kat bawah tu ada banyak bean bags. Ramai je parents aku tengok mengambil kesempatan dengan tido kat bawah tu (termasuk aku!)...rasa cam cozy je. 


Sian dak tecit ni tak pandai nak main lagi. So duduk dengan ibu jela yek

 

Alhamdulillah, Nayli at 6 months ni dah stop sawan tangis dia. Dia pun dah start makan 9 Jan hari tu, nampaknya dia tak memilih makan sangat. So far I gaver her bananas and apples, dia suka sangat. Tengoklah next week boleh start makan bubur pulak. She's a very happy baby, pantang orang mengagah dia mesti senyum macam ni. Rambut tu dah kenapa botak...? Hahaha...lain sungguh dengan abang kakak dia...diorang rambut lebat2...paling aku suka tengok kiri kanan kepala dia tu. Dah rupa macam misai. Tang tu je rambut macam panjang and lebat sikit. Tapi bila selak rambut tu, nampak la kulit kepala.

At 6 months ni dia dah kenal orang, especially me la. Pantang nampak aku lalu, mula la menjerit2 mintak angkat. Bila tidur malam tu, mesti tidur kat lengan aku. Bila alih, bangun. Sampai naik cramp la tangan aku ni. Masih breastfeed lagi, alhamdulillah...walaupun susu badan tak semeriah macam dalam pantang dulu. Tapi bila malam2 tu memang jarang aku bangun bancuh susu botol la...sumbat je. Everyday she will only sleep at 11 pm and wakes up at 5 am the next day, without fail. Perkembangan dia, so far so good. Cuma yang aku risau sikit, dia belum pandai tiarap lagi. Ada la a few times dia cuba tiarap, tapi bila tangan dia terperangkap bawah badan dia, she will scream and macam give up. Cucu sedara aku si Maryam tu dah merayap, berguling2 dah Nayli oii...beza umur 3 weeks je. Tapi tu la, each baby ada kebolehan dan keistimewaan masing2 kan. Kita tunggu dan lihat je la :)

Thanx for reading!




Thursday, 7 January 2016

HELLO 2016 & EXPOSE MISTIK

Assalamualaikum,

Adoiiii lama sungguh haku tak hapdet blog. Tau2 dah 7 Januari 2016?? Ya Allah cepatnya masa berlalu...

Rasanya belum terlambat aku nak ucap selamat tahun baru kepada semua yang membaca blog picisan ini...(ada ke org baca? hehe). So macam selalu la...soalan yg selalu ditanya setiap kali menjelang tahun baru ialah apa azam? Ngeh3...azam aku nak jaga kesihatan diri sendiri aka join aerobics, zumba, masuk gym, minum air kosong 10 gelas sehari? Hmmmmm nando...dari 2014 lagi aku dah azam macam tu...ada la sikit aku minum air kosong in 2015...tapi tak sampai segelas kot? Hahaha (teruk betul!)

So tahun ni? Akan ku usahakan juga walaupun berat sungguh aku nak minum air kosong tu! Apa la teruk nau. Suka tengok budak2 cina gi sekolah/college naik lrt bawak botol air kosong besar2 ni...tapi kenapa teruk sangat aku nak buat? Haihhhh....pastu nak buat air detox pun tak buat2 lagi. Konon sedap la sikit air tu kalau campur benda2 lain kan? Tapi itu pun tak buat jugak?? *sigh*

Well anyway...back to the story...lanjutan cerita dari sini.

A few weeks after my Nayli was born, dia kena sawan tangis yang teruk sangat2. Jenis yang tak boleh diam langsung. Dia akan diam time tidur and menyusu sahaja.  Most of the time she would cry and cry and cry. Sampai menangis la aku dibuatnya. Tengokkan dekat a few ustaz, katanya kena "tegur". End up, jumpa sedara my husband's friend, alhamdulillah, dengan dia rasi pulak nampaknya. Tapi tiga bulan jugak la dia kena sawan tangis tu. Dia akan start nangis dari pukul 10 mlm sampai 2-3 pagi. Aku dpt tido dlm 2 jam je every night. Ko rase?

Ustaz tu ada la bagi air untuk campur dalam susu dia dengan spray satu rumah. Al-kisahnya, satu hari ni time Maghrib my hubby pun dok spray la air ni dari dapur sampai ke depan..sambil2 tu baca selawat banyak2. Sampai je kat satu particular spot ni, exactly kat bawah aircond in my living room, bulu roma dia tegak. Tegak setegak-tegaknya sampaikan rambut atas kepala pun dia rasa tegak. Meaning what, ada la "benda" kat situ kan? Dia pun cepat2 habiskan spray sampai ke pintu depan, then terus bukak bacaan Yassin dalam handphone dia. Masa ni aku belum balik kerja lagi. Biasa la, bila naik kerja after maternity leave, biasanya melambak la kerja nak kena settle kan. Dia biar je bacaan Yassin tu berkumandang sampai la aku balik.

Aku sendiri pun pernah nampak kelibat2 ni masa bangun tengah malam susukan Nayli. Dengar bunyi la, macam2. Tapi bila Nayli dah ok, takde nangis2 lagi, automatically rumah aku rasa "bersih". Alhamdulillah...usahaku dan hubby membuahkan hasil. Orang tua2 kata ikhtiar la mana yang patut kan..

Tapi tu lah..susah macamana pun..anak adalah anugerah Allah yang paling bermakna dan berharga. Walaupun aku rasa mengandung dan menjaga Nayli adalah yang paling susah, tapi aku tetap bahagia dan bersyukur sebab sekurang2nya dia adalah anak yang cukup segala sifat. Mana tau kot2 besar besok dia akan berjaya dan menjadi anak kebanggan ibu bapa.  Sesungguhnya me and hubby adalah insan-insan terpilih untuk menghadapi ujian dari-Nya. Syukur padamu Ya Allah.

Ada banyak lagi nak cerita sebenarnya...but as of now, ni je la dulu hehehe

Once again, happy new year everyone! May 2016 bring you guys happiness and good health, serta rezeki yang melimpah-ruah.

Thanx for reading!