Thursday, 7 January 2016

HELLO 2016 & EXPOSE MISTIK

Assalamualaikum,

Adoiiii lama sungguh haku tak hapdet blog. Tau2 dah 7 Januari 2016?? Ya Allah cepatnya masa berlalu...

Rasanya belum terlambat aku nak ucap selamat tahun baru kepada semua yang membaca blog picisan ini...(ada ke org baca? hehe). So macam selalu la...soalan yg selalu ditanya setiap kali menjelang tahun baru ialah apa azam? Ngeh3...azam aku nak jaga kesihatan diri sendiri aka join aerobics, zumba, masuk gym, minum air kosong 10 gelas sehari? Hmmmmm nando...dari 2014 lagi aku dah azam macam tu...ada la sikit aku minum air kosong in 2015...tapi tak sampai segelas kot? Hahaha (teruk betul!)

So tahun ni? Akan ku usahakan juga walaupun berat sungguh aku nak minum air kosong tu! Apa la teruk nau. Suka tengok budak2 cina gi sekolah/college naik lrt bawak botol air kosong besar2 ni...tapi kenapa teruk sangat aku nak buat? Haihhhh....pastu nak buat air detox pun tak buat2 lagi. Konon sedap la sikit air tu kalau campur benda2 lain kan? Tapi itu pun tak buat jugak?? *sigh*

Well anyway...back to the story...lanjutan cerita dari sini.

A few weeks after my Nayli was born, dia kena sawan tangis yang teruk sangat2. Jenis yang tak boleh diam langsung. Dia akan diam time tidur and menyusu sahaja.  Most of the time she would cry and cry and cry. Sampai menangis la aku dibuatnya. Tengokkan dekat a few ustaz, katanya kena "tegur". End up, jumpa sedara my husband's friend, alhamdulillah, dengan dia rasi pulak nampaknya. Tapi tiga bulan jugak la dia kena sawan tangis tu. Dia akan start nangis dari pukul 10 mlm sampai 2-3 pagi. Aku dpt tido dlm 2 jam je every night. Ko rase?

Ustaz tu ada la bagi air untuk campur dalam susu dia dengan spray satu rumah. Al-kisahnya, satu hari ni time Maghrib my hubby pun dok spray la air ni dari dapur sampai ke depan..sambil2 tu baca selawat banyak2. Sampai je kat satu particular spot ni, exactly kat bawah aircond in my living room, bulu roma dia tegak. Tegak setegak-tegaknya sampaikan rambut atas kepala pun dia rasa tegak. Meaning what, ada la "benda" kat situ kan? Dia pun cepat2 habiskan spray sampai ke pintu depan, then terus bukak bacaan Yassin dalam handphone dia. Masa ni aku belum balik kerja lagi. Biasa la, bila naik kerja after maternity leave, biasanya melambak la kerja nak kena settle kan. Dia biar je bacaan Yassin tu berkumandang sampai la aku balik.

Aku sendiri pun pernah nampak kelibat2 ni masa bangun tengah malam susukan Nayli. Dengar bunyi la, macam2. Tapi bila Nayli dah ok, takde nangis2 lagi, automatically rumah aku rasa "bersih". Alhamdulillah...usahaku dan hubby membuahkan hasil. Orang tua2 kata ikhtiar la mana yang patut kan..

Tapi tu lah..susah macamana pun..anak adalah anugerah Allah yang paling bermakna dan berharga. Walaupun aku rasa mengandung dan menjaga Nayli adalah yang paling susah, tapi aku tetap bahagia dan bersyukur sebab sekurang2nya dia adalah anak yang cukup segala sifat. Mana tau kot2 besar besok dia akan berjaya dan menjadi anak kebanggan ibu bapa.  Sesungguhnya me and hubby adalah insan-insan terpilih untuk menghadapi ujian dari-Nya. Syukur padamu Ya Allah.

Ada banyak lagi nak cerita sebenarnya...but as of now, ni je la dulu hehehe

Once again, happy new year everyone! May 2016 bring you guys happiness and good health, serta rezeki yang melimpah-ruah.

Thanx for reading!

No comments:

Post a Comment