Monday, 9 June 2014

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum semua...

1 Jun dah mula cuti sekolah..aku sebagai ibu berkerjaya memang lompat bintang la kan..instead of getting up at 4.30 am everyday, bila time cuti ni boleh la aku bangun kul 6 ngeh3..pastu yg paling ketara takde lah rumah aku ni mcm zoo pepagi kan..dgn aku menjerit mcm hape je dok kejut anak2 bangun tiap2 pagi...haizzzz....

Aku sengaja ambik cuti during weekdays sebab kononnya nak elak org ramai la bila jln2 kat shopping complex ni. Bebudak ni ajak mkn kat Chilli's sebab dah lama bebenor tak mkn kat sini. So moh ler kita..

Ni sebenarnya yg diorang ni suka kalau dtg sini. Sebab dpt colouring set free. Bagus jugak ada benda ni. At least they can amuse themselves while waiting for the food.

Or you can just selfie :-)

Kalau time baik gini lah..cuba kalau time gaduh :-P

Ada org kata muka aku mcm Ramlah Ram dlm pic ni. Ada ke patut..??

After lunch terus gi Avenue K budak2 request nak masuk Dinoland.

Ni kat ground floor.

Ada promotion..RM100 for family package. Murah ke mahal tu ek?

Dinosaurs spesis baru :-P

Us kat entrance. Kat dlm ni tak blh ambik gambar langsung. Frust mak.

Overall..mcm tak berbaloi la dgn harga tiket. Sebab dinosaurs ada i think tak sampai 10 ekor je..pastu tempat kecik. Tak blh ambik gambar plak tu. Kat hujung2 masa nak keluar tu ada la aktiviti sikit..ada wayang 3D, blh korek2 pasir cari fossil dgn coloring activities..but aku mcm dissapointed sikit la. Pastu nasihat aku, kalau u all ada anak2 kecik baik jgn dtg la kot..sebab tempat tu gelap dgn sound effectnya lagi..si Baby takut sampai bergayut kat kaki aku sepanjang kat dlm tu. Tapi Im dgn Wawa ok la, diorang enjoy jugak.

Afterwards, pergi Swensen's


The gals with their Lego creation. Terkagum aku sekejap!

So that's how we spent our school holiday..next week In Shaa Allah nak pergi Genting pulak. Yeah yeahh..org lain gi over the seas..family aku gi Genting pun nak kecoh. Bukan apa..nak nyampaikan niat Baby yg teringin nak naik cable car since Langkawi lagi. Pada aku as long as my children are happy, I'm happy too. Apa guna kerja teruk2, gaji besar tapi kedekut dgn anak2? Sebab tu seboleh mungkin akanku penuhi permintaan anak2..kalau tak boleh sekarang pun, satu hari nanti..As long as permintaan tu tak melampau la. Sebab aku bukannya jenis main turut je semua kemahuan anak..ada gak batas2nya. Kang spoil pulak budak2 tu. Ehh dah lari topik yeh? lol

Thanx for reading!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 3 June 2014

CERITA LAST WEEKEND

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Apa korang buat weekend aritu? Mine was quite a hectic one. Sabtu 24 May cikgu tadika Baby kawin. Kemain beriya2 seronok sgt si kenit tu tak sabar2 nak pergi. Hari2 dia dok tanya bila nak 24 hb..bila nak 24 hb..siap nak pakai jubah glitter2 dia yg aku tak berapa berkenan tu haha..jenuh pujuk suruh pakai baju lain dia tak mau.

Kasi tepek gambar tuan tanah dulu la ye :-) Baby ada misai sebab serang candy buffet dulu..ada choc fountain. Nasi semua dia tak pandang dah.

Bergambar dgn pengantin. Lain benor tengok muka Cikgu Rina..berseri2..cantik sgt! Selamat pengantin baru ye cikgu. Semoga kekal hingga ke Jannah :-)

After the wedding bergegas pulak nak cari kasut futsal Im..sebab pukul 3 nak meeting pasal family day dgn budak2 SKA. Ishh budak ni..takde hari lain ke nak beli kasut futsal nak oii...

Tiga kedai kitaorang pergi..takde satu pun kasut yg dia berkenan. Tgk jam, dah pukul 3. Ikut ibu je lah gi Carefour Ampang join meeting sekali..sementara ibu meeting blh la Im gi cari kasut futsal.

Sampai2 je terus dihidangkan dgn ini..my friend Amy buat kek pelangi dgn choc chip cookies. Tapi cookies tu anak buah dia buat..saja kasi sample utk rasa. Sedap! Rembat jugak la sebekas.

Ni ler muka2 AJK Family Day SKA yg akan diadakan pada 14-15 Sept.. In Shaa Allah. Ni pun ada 2-3 org yg tak dtg. Biasa la..masing2 ada hal.

Me and sexcetary yg rasanya lebih byk buat kerja Chairman ngeh3..thanx a lot Azwan..hari tu masa bowling tournament pun byk dia yg buat kerja. Yg belah kiri aku tu penyibok jer..sudahnya kasut futsal tak dpt. Dpt lepak je dgn mak dia dgn geng org2 tua ni semua :-P

Thanx for reading!

posted from Bloggeroid

Sunday, 18 May 2014

SKA BOWLING TOURNAMENT

Assalamualaikum,

Sebelum2 ni kalau lepak dgn geng SKA, we all just pergi ngeteh atau karaoke je. Takde buat aktiviti lain. Mcm bosan la jugak kan. So kali ni kita buat kelainan sikit..buat bowling tournament. Siap ada pingat utk best female and male bowler lagi. Thanx to our sponsor Peot hehe...

We all jugak decided nak buat acara tukar2 hadiah. Masing2 dtg kena bawak hadiah pastu cabut nombor, tukar. I bought shawls and brooch. Tapi lps tu fikir, kalau member lelaki yg dpt macamana? So beli la alarm clock satu. Tapi gambar lupa nak snap pulak.

Ni hadiah for best male and female bowler

Hadiah yg masing2 bwk utk tukar2 tu

Masa ni baru pukul 11 pagi. Cuma aku, Amy dgn Wan je yg baru sampai. Tapi logik la kan, AJK harus la sampai awal. Thanx a lot to Wan, dia yg byk bertungkus lumus utk menjayakan event kali ni. Aku ni walaupun Chairman tapi tak buat kerja apa pun ahakss..! Wan jugak sponsor bags and pens, Amy sponsor key chain bear comel2. Tety sponsor sabun susu beras, Ina sponsor mineral water. Liza sponsor payung, Suzy dgn Linda sponsor food. Amboih kemain komited kwn2 aku ni. Pastu walaupun ada yg tak blh join sebab ada hal, diorang tetap dtg utk beri sokongan. Thanx a lot guys!


Kalau nak tau, aku bowler paling corot. Buat malu je. Tapi walaupun tak reti main, gaya kena ada hehe

Perasan tak semua pakai baju biru? Itu tema warna utk hari ini. Walaupun ada yg pakai kaler merah tapi tak kisah la..janji kau dtg hehe

Lepas main, tiba masa penyampaian hadiah. The result- Nani dgn Jeman yg menang. Memang patut pun, diorang memang terer main.



Acara tukar2 hadiah. Dee dpt hadiah aku, pastu aku pulak dpt hadiah tupperware from Liza.

Bergambar ramai2 sebelum balik. Sedih la...!

In shaa Allah lepas ni kami nak buat family day pulak lepas Tety dgn Teh bersalin. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, ameen...

Luv u guys!

Thanx for reading :-)

posted from Bloggeroid

Saturday, 17 May 2014

MY BIRTHDAY CELEBRATION

Assalamualaikum,

March 26 was my ___th birthday (fill in the blanks pls teheheee). Mcm biasa la, kita kalau birthday mesti hati berbunga2 kan. At the same time, aku turut berdoa semoga dgn pertambahan usia ini, aku semakin matang, semakin tabah menghadapi hari2 mendatang dan semoga terus berbahagia bersama yg tersayang.

Balik kerja je ptg tu ada kek. Thanx hubby!

A week after that, on Friday, my BFFs ajak karoks (again!). Kat mana lagi yg sesuai, Ampang Park je lah since dekat dgn tempat kerja aku. Lepas tu dgn tak disangka2 ada ni:

Awww..u guys are so sweet...tq!

Birthday gal with her cake :-)

Us! Thanx again guys. Ur the best. Syg korang ketat2!

Thanx for reading! :-)

posted from Bloggeroid

Thursday, 15 May 2014

KARAOKE SESSION WITH IBU2 TERLAMPAU SKA

Assalamualaikum,

Ni cerita 22 Mac hari tu. My hobbies during my past time ada tiga je.. which is reading horror stories, watching horror movies (walaupun aku penakut tahap gaban, blh dikatakan 3/4 cerita tgn tutup mata je) and singing. Nyanyi la pape lagu pun, tak kisah la, masa mandi ke, masak ke, apatah lagi kat karaoke hehe. But pls don't ask me to compete dlm Kilauan Emas ke apa, sebab mak tak berani. Ada stage fright katanya LOL

Dpt pulak kwn2 yg sama kepala semua blh masuk, so apa lagi, everytime lepak sama tu memang gi karok je la jawabnya. Memang our intention kali ni nak nyanyi geng mak2 je, geng lelaki takleh ikut. Nanti tak syok la nak joget panjat meja semua, malu org lelaki tengok haha

Since si Tety pregnant, teringin nak mkn potato salad yg Ina buat dgn baked macaroni yg aku buat (ehem!) so terus la timbul idea nak buat pot luck. Kesian minah sorang ni kang meleleh ailio baby dia, tak pasal2 makcik ni semua rasa guilty. So senang cerita, pergi je la News KTV Ampang Park, sebab kat situ boleh bawak masuk outside food and drinks.

The food! Yg kat tgh2 bekas bulat tu potato salad yg Tety dok idam sgt. Tapi memang sedap pun.

Fried wantan dgn cheese tart tu Suzy masak. Termalu aii sebentar di situ..sebab aku memang spesis tak pandai masak kuih muih, cookies cake bagai. Masak lauk bodoh2 boleh la.

Kak Tons yg comel. Awww..! Dua2 minah kiri kanan aku ni terer masak. Ina yg kat belah kanan aku tu siap bukak cafe kat Wangsa Maju. Suzy yg kat belah kiri pun selalu ambik order buat kek and kuih2 raya.

Inilah Tety. Suara sedap ni! Kalau masuk Kilauan Emas boleh jadi juara. Tak senonoh betul posisi aku kat belakang dia macam tu kan.

The Ibu2 Terlampaus. From left- Emma, aku, Amy, Tety, Suzy, Ina, Yati. Aku beriya suruh semua pakai tema hitam putih merah. Sudahnya tengok la kaler tudung aku? Biru. Sebab pagi tu tak jumpa shawl merah :-P

After karok gi lepak Oldtown nak ngopi2. Kat dlm tu sibuk nyanyi sampai tak blh nak borak. Kat sini borak la sampai lebam.


OK next event- bowling tournament on May 1. Syg kwn2 aku ni ketat2! Muahhsss...!

Thanx for reading :-)

posted from Bloggeroid

Tuesday, 13 May 2014

THROWBACK VIETNAM DAY 3 AND 4

Assalamualaikum,

OK hari ni ai try to finish up entry Vietnam trip ni. Bkn apa, bsk dah tua2 bila ingatan dah pudar, blh gak aku bukak blog ni baca balik pasal ni. Bkn selalu blh jln dgn BFFs mcm ni.. sethn dua thn sekali je Cik Senah oii!

OK2 cut the crap. On Day 3 we all tak nak jln jauh2, cuma satu je misi on Day 3 iaitu mencari Hard Rock Cafe. Bila tunjuk map kat reception counter hotel, kemain senang je cik abg tu tunjuk sana tunjuk sini. So we all pun dgn kondifennya decided to walk aje sebab kata mamat tu tak jauh pun HRC dari hotel. Selagi blh jimat duit, selagi tu la kita jimat kan. Selagi blh jln, kita jln :-)

Sekali rupa2nya??!

Tak tau la kot kitaorg yg tak faham direction atau dia yg salah bagi direction, wallahu'alam. But it took us nearly 2 hrs kot nak sampai HRC tu. Dgn panasnya, dgn letihnya..adoii.. sampai tersadai la tgh jln sebab penat sgt. Tanya2 jugak kat pelancong2 Mat Salleh yg kitaorg jumpa along the way tapi tak membantu langsung...

Sempat juga snap pic ya walaupun penat hehe

Sudahnya Linda tanya sorang mamat Vietnam ni, ingatkan dia tak tau direction to HRC. Rupa2nya dia cakap HRC just around the corner je. Selama ni we all pusing2 rupanya dah dekat dah pun. Yayy..!

Opkos la masing2 berebut nak amik gambar kat gitar ni kan. Wajib tuuu

Tak byk pun snap pix kat sini. Sebab dah penat jln jauh, masing2 kebulur. Terus attack food tanpa memandang kiri kanan dan lupa nak ambik gambar.

After that we all took a cab balik ke hotel (tak larat nak jln kaki nyah!) then after mandi2 and solat, mlm tu keluar balik jln2 kat area colonial buildings that we saw masa dlm cab otw blk ke hotel siang tadi (sorry I forgot the name of the place). We noticed that area sini mcm area Bukit Bintang yg ada Pavi dgn Starhill tu, byk high end boutiques. Org2 Vietnam yg kami nampak di sini pun dressing diorang very up to-date. Rasa sempoi sgt pulak kitaorg pakai blouse and jeans hehe



Sorry gambar tak sharp sebab ambik guna handphone je.

Dinner kat sini. Lupa dah nama restoran ni. Tapi kitaorang kena kencing..mkn berempat total seratus lbh kalau tak silap. Rupanya apa yg we all tak mkn pun ada dlm bil. Dah balik hotel baru perasan. Patut la mahal! Well nevermind..dah rezeki dia.

Besoknya kemas2 nak check out, Mary dgn Dee sempat lagi gi Ben Tanth Market utk last minit shopping. Aku dgn Linda tak larat dah. Oh ya lupa nak tulis, on Day 2 aku ada tempah baju kurung kat Ben Tanth Market, siap sehari semlm, jahitan pun gila cantik, dia siap deliver kat hotel lagi. Harga jahit siap dgn kain, cost me tak sampai seratus rasanya.

Cantik kan!

Dan inilah hasil tangkapan sepanjang aku berada di Vietnam:

Tak byk pun. Tudung halfmoon, kain ela, baju kurung, fridge magnets,key chains and some HRC tshirts.

Aku sudahi entry Vietnam trip aku dgn gambar bilik kami setelah 4 hari berkampung disini:

LOL!

Thanx for reading!

posted from Bloggeroid

Sunday, 11 May 2014

THIS ENTRY IS SPECIALLY DEDICATED TO YOU, MY FRIENDS :-)

Assalamualaikum uolls!

Lama gila ai tak tulis blog. Hari tu entry Vietnam pun setelah berbulan2 terperuk dlm ni baru la ai nak publish. Tu yg terkeluar sampai dua kali tu! Ngeeeee...actually tak habis lagi citer Vietnam tu. Nanti lps ni kita sambung yek. Tetiba rasa mcm nak tulis entry pasal kwn2 pulak.

Aku mmg suka berkawan. Sgt2 suka berkawan. Sejak kecik mak aku cerita aku memang jenis tak takut kat org, jenis byk cakap, kalau kat sekolah tu mmg aku la yg selalunya memulakan salam perkenalan. I don't have any specific best friends. Sebab aku kwn dgn semua org. Mcm tu la keadaannya sampai Darjah 6. Aku tak kira..laki pompuan, semua bangsa aku kwn.

Tapi bila masuk sekolah menengah aku mcm jadi pemalu sikit. Kwn2 aku adalah kwn2 sekolah rendah jugak. Tapi ada jugak la tambah dua-tiga org lagi. But still no specific best friends. Aku tgk org lain asik dok berkepit je dgn best friend, gi kantin berdua, gi gym berdua, sampaikan nak melabur kat toilet pun berdua. Tapi aku xde best friend yg cenggitu. Masa tu best friends yg dari sekolah rendah adalah Dee, Suzie and Suraya. Lps tu jumpa pulak Linda, Mary and Ella. Alhamdulillah mmg diorang kekal jadi BFFs aku sampai skrg.

Ni citer kwn2 pompuan. Sebab aku sekolah ARGS kan (now known as SM Puteri Ampang). Kwn2 lelaki dari sekolah rendah (SKA) aku mcm tak heran sgt nak berkawan. Padahal diorang sekolah menengah opposite ARGS je. Padahal selalu je bertembung kat bus stand. Tapi masing2 wat bodo je. Pandang pun tidak, apatah lagi nak senyum.

But I've to admit, dgm zaman teknologi serba canggih zaman skrg, with FB, instagram, blogs and mcm2 lagi, dah tua2 ni baru la sibuk nak cari blk kwn2 lama. I still remembered, org pertama kwn sekolah rendah (lelaki) yg aku jumpa balik through social media adalah Karim..lepas tu Shah, then Nazlan. First time we all buat mini gathering was about 6 yrs ago. I decided to ajak Dee and Suzy. The gals memang bukan org asing lagi la sebab memang we all tak lost contact pun.

Not bad for 34 year olds huh? :-)

Then lepas tu we all kerap la berjumpa, one meeting after another. Pastu entah sape tah pandai2 lantik aku jadi Chairperson, juz because aku rajin kumpul2 org utk lepak sesama.

This was 2 years kot after the first meeting. Boleh nampak tak pertambahan ahli di situ? Ni semua geng budak2 SKA la ni. Sejak jumpa balik ni, selalu la kitaorang gather during Raya, melawat siapa2 yg sakit, bersalin ke, went karaoke..latest we met was on May 1 hari tu, we all buat tournament bowling kat Ampang Point. Will blog about it later :-)

Then there's kwn2 time sekolah menengah. Remember I wrote kat atas tu yg aku pemalu sikit masa sekolah menengah? I only had 4 best friends masa sekolah menengah, iaitu Mary, Linda, Suzy & Dee. Dee went to MRSM after SRP so she didn't finished high school with me, but the others did. After SPM we kinda drifted apart bila masing2 sambung belajar and started working, but about 10 yrs ago we met Ella yg dah lost contact since SPM, during our school gathering, yg tetiba jadi our BFF skrg. Actually time sekolah aku kenal dia, tapi tak la berapa rapat.


Mana Linda masa ni?? Amik gambar kot :-P

In 2011 we went to Jakarta, the four of us. Syg Ella tak dpt ikut sebab dia dah kerja kat oversea with her husband. We decided utk jadikan trip with BFFs ni sbg acara tahunan.. remember my entry abt Vietnam (which is tak habis2 lagi tulis!). Vietnam trip was in 2013. In Shaa Allah next year nak gi Korea pulak :-)


Tak sangka dpt naik tongkang kat Jakarta :-)

Alhamdulillah dgn kecanggihan teknologi zaman skrg we manage to keep in touch with each other via social media network. Walaupun tak bersua muka, by chatting thru Whatsapp seolah2 mcm melepak sama pulak. Walaupun messages masuk bertalu2 dari pagi sampai kemlm, sampai habis la bateri handphone! But I don't mind because I love all of u my friends, with all my heart.

Can u figure out apa benda menatang yg kitaorg borakkan ni?? lol

So to all my good friends...samada geng2 SKA, ARGS, geng2 kolej and kwn2 ofis, ketahuilah bahawa aku sgt beruntung punyai teman2 rapat mcm korang, yg sudi bersama2 aku saat susah dan senang..semoga persahabatan kita semua kekal hingga ke Jannah..ameen..u know who u are!

posted from Bloggeroid