Last Thursday (Jan 21) Nayli masuk wad sebab demam panas..sampai mencecah 40 degrees. Dia actually demam since Monday lagi tapi aku bawak gi klinik biasa je. Lepas bagi paracetamol, dia ok balik. Tapi Selasa dia demam balik, pastu sejuk balik, camtu la on and off.
Tapi hari Khamis tu masa aku kat ofis, mak aku called, kelam kabut suruh balik. Katanya mata Nayli dah pandang atas je..pastu satu badan dia lembik. Aku dah panik...terus balik, pecut kereta sampai 140...nasib baik tak jadi apa-apa. Sambil pecut tu sempat jugak aku call my hubby suruh balik jugak.
Sampai je rumah mak aku terus mandikan dia sementara tunggu my hubby balik, pastu terus ke emergency Ampang Puteri. Nasib patients tak ramai sangat, tunggu dalam 20 minutes je pastu terus dapat jumpa doktor.
Sayu je mata dia. Nampak sangat tak bermaya. Rambut pun jadi pacak2...mungkin sebab panas sangat agaknya. Baju pun tah apa2 aku pakaikan...baju lain, seluar lain...kelam kabut punya pasal.
Lepas doc examined, terus la nurse datang masukkan drip. Hancur luluh hati aku tengok dia menangis sebab sakit masa cucuk jarum tu, pastu nurse perah2 pulak lengan dia nak keluarkan darah...doc nak buat blood test jugak. Haiiii lah...anak yang kena cucuk, omak pulak yang nangih :(
Lepas kena cucuk drip, terus tidur. Masa ni still kat emergency lagi, wad belum kemas. Sedih pulak aku tengok gambar2 ni balik :(
Lepas sejam kat emergency tu baru la kitaorang dapat masuk wad paediatric kat tingkat 6. Anak2 aku semua ada pengalaman masuk wad masa umur macam Nayli ni, kecuali Baby. Alhamdulillah dia sihat, cuma demam sikit2 je.
Aku masa ni dah rimas giler..bayangkan dari ofis direct terus ke sini, dengan tak mandinya, tak shee shee nya, dengan baju kerjanya lagi. Lepas settle Nayli masuk drip ni, my hubby terus balik rumah nak pack baju2 aku dengan Nayli. But guess what time dia sampai hospital balik? 11 pm! Huhuhu....sampai sakit perut aku menahan nak shee shee.
Katanya meal untuk anak. Tapi budak 6 bulan...takkan nak makan spagheti carbonara kot? So omaknya la habiskan :)
Masa ni hari ketiga. Baru nampak segar sikit.
Rupanya Nayli sakit nak pandai...orang tua2 kata mintak upah. After discharged on Sunday, terus dia pandai bergolek2 and angkat2 montot sikit macam nak maju ke depan. Bertuah punya anak......
Thanx for reading!
No comments:
Post a Comment