Haiyaaa...cerita dah basi baru nak upload ka hahaha....bertabah la ye uols entry ni penuh dengan gambar.
Selalunya bila cuti panjang macam ni aku biasanya (ehemmmm) membongkangkan diri kat rumah tapi kali ni packed with macam2 activities. Saturday Feb 6 aku lepak dengan my SKA bffs, alhamdulillah semua dapat join. Kalau nak lepak memang takleh plan...memang takkan jadi punya. Bila tak plan, ehhh elok je lima2 orang ada hehe
Kebetulan aku memang tidur Ampang sebab mak aku ikut my sister pergi Cameron Highlands, so takkan aku nak biar anak bujang aku tu duduk sorang2 kat rumah mak tu. Nak ajak balik Langat, dia tak mau pulak sebab ada extra class kat college pagi Sabtu tu. So we all decided nak jumpa kat Neighbours Bukit Indah je..senang...dekat dengan semua orang. Amy pun kebetulan turun Ampang, so takde la dia susah2 rushing from Shah Alam.
Yayy! All five of us dapat jumpa jugak akhirnya after so long. Walaupun jumpa kejap, nak jugak bertema bagai hehe...pink!
Masa nak balik tu Shida pun datang sebab nak bayar duit family day. Tengok2 dia pun pakai pink hehe...kebetulan sungguh
Makan kat Neighbours ni best, pada aku semua food dia sedap. Kalau aku lapar balik keje petang2 tu memang singgah sini la makan..sebab dekat dengan rumah mak aku.
Pagi Ahad Feb 7 tu lepas breakfast aku terus balik Langat, pastu kemas kain baju zasssss terus balik Melaka. MIL takde sebab husband aku dah hantar rumah adik dia kat Ipoh. Otw ke kampung tu singgah kejap kat Magic Art Museum. Uols waze je Bayou Lagoon kat Bukit Katil. Muzium ni kat bawah hotel ni je.
Budak muka sedih..
Ticket prices
Boy yg nak "tembak" Nayli tu anak buah husband aku...saja bawak dia sekali
Haishhh...anak sape la ni...
Ye ye je budak dua ni lemas hahaha
Nahh I bagi u munge...
Kesian tengok budak baju merah yg depan sekali tu hahaha
Errr....tarik apa tu??
Potong bulu ketiak Hulk! Haha
Pastu Selasa birthday anak dara aku pulak si Wawa. Happy 10th birthday sayang! Ibu, ayah, abang dan adik2 doakan agar kakak sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan semoga cita2 kakak nak jadi a sewing architect menjadi kenyataan...amin..!
Syukur Alhamdulillah ibu dan ayah dikurniakan anak yang cukup senang dijaga, sejak dari mengandung, bersalin sampai la awak besar sekarang, Wawa anak yang paling tak banyak kerenah. Dan Alhamdulillah jugak sepanjang dia bersekolah ni, exam result dia sentiasa cemerlang. Semoga terus cemerlang sampai dewasa hendaknya.
Aku sebenarnya dah takde idea nak belikan dia hadiah apa...so aku tanya dia mana tempat yg dia wish nak pergi? Dia cakap nak pergi Kidzania. So let's.
Birthday gal
Each of us was given these bracelets to wear. Baby cakap macam gelang Ben 10 :D
Each kid was given 50 Kidzos as "modal". Maafkanlah family ahkak ni ye dik...first time masuk Kidzania...so terdapat mode jakuns di situ hahahahh
Beratur kat CIMB Bank to cashkan cek 50 Kidzos tadi. Ececehhh...macam org dewasa korang yek
Sementara korang gi bank, ibu amik gambar dulu dgn adik.
Top: Forever 21
Jeans: Marks & Spencer
On Nayli: Babyguess
Wefie dgn ayah & Nayli
First stop: Diorang pegi universiti dulu. Pandai jugak budak2 ni even for first timers. Sebelum kerja, kena la study pandai2 dulu, ye tak. Baru boleh earn gaji beso
Baby dpt Masters in Medical Science. So bila kerja kat KPJ, dapat extra gaji. Semoga besar besok jadi camni ye nakk
Macam takut2 je nak cek patient hehe
Birthday gal muka monyok sebab Kidzos banyak habis buat insurance kereta dgn lesen. Baru hang tau susah jadi dewasa ye...semuanya duit duit duit....
Sementara tu adik tido dulu la...kakak2 pegi la main sana
Kilang Yakult
Pastu pegi Media Prima Group. Baby teringin nak merealisasikan impiannya nak jadi wartawan penyiaran
Peghhhh...macam set sebenar
Bersiap dengan jaket bagai...
Nak tergelak pun ada masa ni. Suara Baby alahai! Macam cakap dlm kelambu
Ni sorang lagi. Siap stok menggigil2 lagi hahaha
Merealisasikan impian kakak pulak..nak jadi arkitek
Ni bukan arkitek nak oii! Ni contractor pasang batu bata haha
With my architect and newscaster wannabes
Pegi pusat kitar semula pulak
Sibuk nampak..! Hehe
Jadi journalist pulak. Baby apesal gelak camtu..?
Lepas penat main, pegi manjakan diri pulak..
Baby lepas kena mekap dgn kakak. Mmmm....boleh tahan jugak
Jadi cashier pulak
Baby, as usual...dia banyak spent Kidzos kat dalam Kidzania. Malas kerja...nak shopping je haha (sounds familiar? Ikut perangai sape la agaknya tu)
Us! Sayang Imran takde. Dia malas nak ikut. Bosan katanya. Yelaaa...aku dgn hubby pun bosan. Siap tertido2 dlm surau.
Pricewise, entrance ticket memang quite expensive, tapi bila tengok expression anak2 yg priceless, happy sangat2. Bayar mahal pun tak kisah...sebab berbaloi. Nak repeat lagi nanti In Shaa Allah.
Ok tu jela nak citer. Thanks for reading!
No comments:
Post a Comment