Friday, 7 February 2014

THROWBACK VIETNAM - DAY 1 (PART 2)

Assalamualaikum,

Sambungan dari Part 1.

Bila nampak je Ben Tanh Market, masing2 apa lagi, dah mcm kena sawan, terus terpa kedai2 yg kat luar tu. Masa tu tak tengok lagi signboard terpampang atas kepala kata "fixed price". Main ambik je fridge magnet key chain segala. Sekali masa nak bayar baru la nampak signboard tu..tak boleh tawar..abis tu acaner? Nak letak balik kang tak pasal kena maki. Dah ler org Vietnam memang terkenal poyo + kekwat. So nak tak nak bayar je la..sepapan key chain harga 100,000 dong (RM14). Padahal kat pasar malam rupanya boleh dapat lagi murah. Pastu fridge magnet satu- 8,000 dong (lebih kurang RM3).

Lepas tu kitaorang nampak pulak deretan kedai2 yg setentang dgn Ben Tanh Market (Ben Tanh ni seakan2 Pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu tapi dia setingkat je). Kedai2 tu nampak cam ada aircond, cam comfortable jer..jom serbu!

Kat kedai pertama (tak ingat nama) aku dapat beli telekung Wawa dgn harga USD9 (RM27) dgn tudung halfmoon satu harga USD7 (RM21). Murah ke mahal tu ek? Masa tu tak sure.


Us infront of Ben Tanth Market
Dah shopping2 tu, lapau ler pulak. We saw another shop yg menarik, dekat2 dengan kedai aku beli telekung tadi. The best thing is, kat atas kedai tu ada restaurant! Hehe..itu yg uniknya Vietnam ni. Kat Malaysia selalunya restaurants kat bawah, shops/boutiques kat atas. Tapi kat Vietnam, it's the other way around.

Kat kedai Haji Halim ni banyak kurung dah siap jahit, termasuk beadworks sekali, price dalam RM45-RM55. Murah kan? Kat KL people can simply sell it for over RM150 sepasang, itupun berebut orang beli. Frankly aku bukan suka sangat baju kurung ni, I'm more into kebaya. Tapi beli la jugak sepasang.

Tetiba nampak pulak Linda bersila atas lantai mcm pilih2 sumthing. Dalam hati aku berkata2..minah ni buat apa atas lantai ni?? Intai punya intai..rupanya dia tgh pilih tudung half moon manik..and guess how much it was?? Only RM17!! Yes you heard rite. Only RM17! (later on Day 3, it was sold for RM15!! Can u believe it??)

So akupun apalagi..belilah 7! Then later selepas masing2 kepenatan and kebuluran, kami pun naik atas to isi perut (masa ni dah kul 3. Mana tak kebulur beb!)


Aku suggest kalau korang datang Vietnam ni, pergilah kedai Haji Halim. Memang sedap. I had nasi putih + lauk sambal udang and telur mata, air lime soda (sampai balik KL teringat2 sebab sedap nau), Mary had mee pho (Vietnam traditional dish), Linda had nasi goreng istimewa (dia pun sama sampai KL dok teringat2) and Dee had claypot noodle or something. Sedap memang sedap but mak oii mahalnya..lauk cam aku tu cost me about RM25..kalo kat KL dah dpt olio spagheti kat MFM kak ton oii! Tapi kena redha je lah, aku rasa kalo kat overseas, mana2 pun makanan halal mahal sebab susah nak dapat.

Bila perut dah kenyang, hati pun sudah senang, we all patah balik ke Ben Tanth. We bought some telekung (again!), kain ela and tshirt HRC sorang satu. Then balik hotel, after mandi solat semua, malam keluar balik pegi pasar malam pulak. It's near Ben Tanth jugak, and I noticed peniaga2 dia muka2 yg kat dlm Ben Tanth tu jugak..siang2 berniaga kat dalam, malam2 berniaga kat luar yer hehe..pandai depa cari duit.

Sorry ye pic blur. Amik dgn henfon jer.
Lepas penat jalan lapar pulak. So we decided to cari kedai makan Hajjah Basiroh yg bila aku google pasal Vietnam, rata2 orang puji melambung pasal kedai ni.

Ni je pon food yg ada. Nasi lauk2 ada tapi aku tak selera, nak2 pulak bila tengok keadaan kedai yg quite dirty. Pelik gak kenapa orang kemain puji kedai ni. But no doubt orang2 yg stay Pink Saigon Hotel dan hotel2 lain yg sewaktu dengannya memang senang nak makan sebab dekat je dengan kedai Hajjah Basiroh ni. Maybe tekak aku memang cerewet kot sebab takleh terima taste food and environment kat sini.

*end of Day 1*

Thanx for reading!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment